Seorang netizen bernama Siti Khadijah telah berkongsi satu pengalaman yang telah dikongsi sebanyak 8,454 kali di Facebook tentang sikap seorang suami yang tidak langsung membantu isterinya.
Kesian sungguh bila terlihat pasangan suami isteri dan anaknya. Si isteri kelihatan terkial-kial nak menjamah makanannya. Dahlah makanan tersebut isteri yang order dan bawa ke meja makan. Yang si anak-anak pulak tak duduk diam di meja, tapi si bapa pula buat tak tau saja.
Apa lagi, aku memang dah tak boleh sabar dah bila lihat benda ni. Terus aku pergi ke meja mereka dan sound lelaki itu.
Apa lagi, terkebil-kebil dan terkejut dia, mukanya nampak merah padam tapi tetap dia buat muka selamba dia dengan teguran aku tadi.
Maaf. Saya cuma berniat untuk menegur sahaja, bukannya nak melihat mereka bergaduh ya.. Harapnya dia faham akan niat saya itu.
sumber: THEHYPEMEDIA.COM
ADS HERE !!!